Saturday, January 22, 2011

Nota Seorang Pejuang

Salam….
Alhamdulillah…
Rasa diri ini terpanggil untuk semua ‘WARGA HPA’… Tetapi ianya buat masa ini di khususkan buat Ahli-Ahli HPA (Aktif atau Tidak)… Eh, kenapa yang Tidak aktif pun terlibat sama kan? hehe… Mesti lah… Kerana ingin membuatkan Ahli-Ahli yang tidak aktif ini, Menjadi lebih Aktif… So, Aktifkan Dirimu ^_^’
Strategi paling berkesan yang di gunakan HPA adalah menerusi Mulut ke Mulut… (Eh, jangan berfikiran kuning ya! haha)… Strategi ini bukan lah Mulut-Mulut Kosong.. Tetapi mulut-mulut yang di penuhi dengan ‘ILMU’… Dan saya menjamin, Antara pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya adalah mereka yang Ber‘ILMU’ ! Tapi awas! Sila bezakan Ilmu dengan Sijil! (mungkin bagi ‘orang’ lama di dalam HPA hanya berkelulusan SRP)… Tetapi, ILMU ini adalah Milik Allah, semua mampu perolehi… Yang penting dia NAK ILMU itu… (Allah juga yang akan beri)…
Wahai Ahli-Ahli yang (belum @ tak aktif) Anda sudah mula Berfikir untuk BERJAYA?
Seterusnya, Apakah anda pernah bertanya-tanya seperti ‘Mereka banyak duit, kereta besar-besar, boleh lah berjaya’… Saya jawab: Ya! Anda memang betul… Tapi ada sedikit kekurangan di atas kesimpulan anda… Jangan melihat seseorang itu KAYA dengan duit (Bonus) dan Kereta @ Rumah besar-besar… Orang yang KAYA adalah mereka yang MAMPU bersyukur dengan apa yang mereka ada dahulu… Dan yang paling penting, Apabila anda semakin KAYA, anda patut RISAU… Mungkin KAYA itu ujian buat anda…
Pernah dengar pesanan sebegini?: ‘Bila melihat di dalam isu dunia, Lihatlah orang yang paling rendah… Apabila hal akhirat, Lihat lah mereka yang paling tinggi…’ Kerana apa ya? Kerana semua orang MAMPU bersabar apa yang di timpanya, Tapi ramai yang JARANG bersyukur dengan apa yang ada…
Wahai Ahli-Ahli yang (belum @ tak aktif) Anda sudah mula Berfikir untuk BERJAYA?
Adakalanya bila tiba kelas mingguan HPA, ada yang berkata: ‘Siapa yang beri ucapan tu? HEBAT!… Kita memang selalu memberi penghargaan pada orang lain… Kerana apa? Kerena mereka ada yang kita tidak ada… Tapi bukan kah kita di lahirkan sama? Dan Allah menjadikan kita sebaik-baik kejadian? Kenapa kita tak beri penghargaan pada diri kita dahulu? Aku ni HEBAT juga… (Ops, hanya orang berfikiran kotor mengatakan ianya seperti memuji diri sendiri)… Aku di kira hebat juga kerana Sanggup DATANG KELAS! bukan sebab ada jamuan makan dan bukan kerana ada cabutan bertuah… Tapi kerana ILMU ! Jadi, anda memang HEBAT….
Anda sudah mendapat jawapan?

Wahai Ahli-Ahli yang (belum @ tak aktif) Anda sudah mula Berfikir untuk BERJAYA?
Atau anda selalu berkata, aku ni pangkat PLX jer.. Tak perlu lah GEMPUR lebih-lebih sangat… Dia tu, boleh lah.. Dah pangkat PJS… Boleh lah pergi sana-sini…
Apabila anda berkata begitu, Mudah nya ‘Syaitan’ melemahkan anda… Mungkin bukan anda seorang, tapi semua Ahli yang Belum @ Tak Nak aktif… Anda lupa akan ‘Peranan di dalam Pengurusan’… Sedarkah anda bahawa PJS-PJS yang di lantik HPA itu mempunyai Tanggungjawab? (Menggempur Pasaran ke Serata Malaysia)… Oleh kerana itu, HPA memberi PJS-PJS ini sedikit imbuhan (bonus tambahan)… Jika mereka GAGAL (sambil lewa) akan tanggungjawab mereka, mereka akan menanggung DOSA… Anda? Tiada tanggungan… Anda yang berpangkat biasa? Peranan anda hanya ‘AKTIF’ sahaja… (mengguna dan meyedarkan orang-orang sekeliling). Jika anda ingin kerja seperti PJS-PJS pula, bagaimana? Itu HAK anda untuk menyebarluaskan empayar perniagaan HPA dan Jaringan anda ! What you get is what you GIVE !
Apa yang telah saya kongsi kan ya?
1) ILMU sangat penting untuk Berjaya…
2) Orang yang KAYA adalah orang yang BERSYUKUR
3) Kita adalah SEBAIK-BAIK kejadian (Allah is always by your side)
4) Sedar akan PERANAN anda di dalam HPA sebagai apa…. (anda tentukan)
—> Akan bersambung ke Siri 2 ^_^’
Nota kaki:
PLX adalah singkatan Pengurus Melati (HPA akan memberi 20% keuntungannya untuk anda)
PJS adalah singkatan Pengarah Jati Setia (anda harus memperolehi pangkat PJ dahulu dan mendapat 35% serta HPA akan melantik anda sebagai PJS dan tambahan % untuk PJS adalah 6%)
Ahli Aktif adalah ahli yang setia menggunakan produk keluaran HPA…
*perkongsian ini hanya sebagai wadah motivasi buat mereka yang ‘give up’… Penulis bukan lah mewakili secara ‘TOTAL’ daripada Pihak HPA… Hanya sekadar pandangan…

6M

Mengamalkan produk
Menghadiri kelas dan meeting
Menjual produk
Menaja/Membina kumpulan (rakan kongsi)
Membimbing dan Memberi servis
Mendiagnos dan Merawat
Saya akan huraikan satu persatu apa yg dinamakan gerak kerja 6M ini..

1- Mengamalkan produk

• wajib bagi setiap pengedar
• mengapa perlu amalkan produk

untuk mendatangkan keyakinan terhadap kelebihan produk
mengenal produk luar dan dalam agar dapat meyakinkan pelanggan anda
untuk memenuhi syarat mantain peribadi bagi bonus bulanan
Apakah produk yang sesuai diamalkan itu??
produk herba untuk amalan diri
produk kegunaan harian
Contoh set amalan diri
set lengkap
set sederhana
set ekonomi
set wanita anggun
set lelaki hebat
set cergas minda
set warga emas
set kurus badan
set rawatan penyakit
Set kegunaan harian
syampoo
sabun pembersih dan mandian
kosmetik
minuman kesihatan (kordial)
ubat gigi herba
minyak dan krim rambut
pencuci pinggan mangkuk dan pakaian
2-Menghadiri kelas, meeting mingguan dan program syarikat

>mengapa perlu hadir??
tanda kebersamaan-tempat pertemuan dan penyatuan pengedar baru dan lama
perkongsian ilmu dan kemahiran
meningkatkan motivasi diri
mengembangkan jaringan
tanda kesinambungan perniagaan
penyaluran maklumat terkini
3-Menjual

jual beli asas dalam semua perniagaan
penjualan adalah proses menggerakkan produk dari syarikat kepada pengguna dengan matlamat keuntungan
menjual dalam MLM tidak sama dengan menjual secara SLM
dalam MLM, mulut anda adalah kedai
betulkan konsep “No money no talk” kepada “No talk No Money”
perlu dalami teknik penjualan yang berkesan
dalam jual beli biasanya minat datang kemudian
4-Menaja
menaja ialah proses menawarkan peluang perniagaan kepada seseorang dengan tujuan mendapatkan rakan kongsi
penajaan yang berjaya adalah penajaan yang dilakukan dengan penuh profesional serta dapat menarik minat seseorang untuk bersama dengan kita
oleh yang demikian penajaan memerlukan persediaan yang sewajarnya baik dari segi mental mahupun fizikal
hanya melalui jaringan penajaan anda akan berkembang dan pertambahan bonus akan berlaku seiring dengan bertambahnya jaringan dalam kumpulan
5-Membimbing dan memberi servis
membimbing adalah tugasan pemimpin/upline kepada jaringan atau tajaannya
walaupun kerja membimbing itu sukar tetapi ia perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesabaran yang tinggi
hasil dari kesabaran dalam membimbing adalah tidak ternilai banyak dalam jangka masa panjang dan mampu melahirkan jaringan yang padu dan kukuh
khidmat servis hendaklah diberikan secara ikhlas dan mampu memuaskan kehendak pelanggan
ada ungkapan yang menyebut “untuk mendapatkan seorang pelanggan mungkin memerlukan masa yang panjang tetapi kehilangan seorang pelanggan cukup dalam masa beberapa saat sahaja
6-Mendiagnos dan merawat
konsep perubata JAWI HPA banyak berkait dengan kaunseling dan rawatan
dengan mempelajari teknik diagnos penyakit dan rawatan akan dapat membuka peluang yang lebih baik serta menambahkan keyakinan pengguna
penjualan akan berlaku dengan lebih mudah apabila seseorang mempunyai kemahiran tertentu seperti teknik diagnos penyakit melalui tapak tangan dan iridologi (teknik ini diajar dalam HPA bila pengedar pergi ke kursus Perkongsian Bijak Cemerlang)
kaedah diagnos dan rawatan boleh dilakukan secara simple tetapi berkesan..semua orang mampu menguasainya..InsyaAllah..
kelebihan dan kemahiran inilah yang menjadi keunikan kepada perniagaan MLMs

Sumber: http://sahabat-hpa.blogspot.com/2009/08/gerak-kerja-6m-dalam-perniagaan-mlm.html